dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bako, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan


Taman Negara Bako

Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Taman ni merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda.


Bubuk@Geragau

Geragau@bubuk (udang halus) merupakan antara hasil utama pendapatan penduduk kampung bako,ditangkap menggunakansongkor seakan kelong yang diletakkan jaring ketika air mula pasang. Hasil tangkapan ini akan diproses menjadi belacan,cencaluk dan juga makanan-makanan lain.


Budaya Dan Kesenian

Seni dan adat tidak dapat dipisahkan dari sesebuah komuniti,di kampung ini pengunjung akan merasai pengalaman persembahan yang terdapat disini. Kumpulan seni Rabong Seni Bako,Silat Warisan Kibau Silat juga persembahan tarian yang dipersembahkan oleh anak-anak juga dewasa sebagai kenangan terindah buat pengunjung sendiri.


Taman Herba

Taman herba kampung bako juga merupakan tarikan yang terdapat di kampung ini,kawasan taman herba yang diwujudkan didalam kampung ini merupakan satu inisiatif penduduk untuk memastikan generasi yang ada mengenali jenis-jenis herba.


Aktiviti Melihat Buaya(Crocodile Watching)

Nikmati pengalaman yang mendebarkan dengan melihat sendiri populasi buaya yang mendiami kawasan paya bakau di hulu sungai bako.


Bird Watch (BuntalBay)

Aktiviti ini juga merupakan tarikan yang boleh diketengahkan untuk mereka yang meminati bidang fotografi. Ini kerana,pada setiap tahun akan ada burung-burung yang menjadikan kampung bako sebagai tempat persinggahan dan peluang ini tidak harus dilepaskan oleh peminat-peminat burung di serata dunia.


Tempat Bersejarah

Pulau lakei yang masih belum diketahui ramai orang(Makam Tuan Hj Ibrahim). Tempat bersejarah yang masih belum popular ini merupakan tarikan yang terdapat di sebuah pulau iaitu pulau lakei, Makam ini dikatakan mempunyai seribu satu cerita yang masih belum diketahui umum

© Semua Hakcipta Terpelihara. .