Program Advokasi KafeTEEN NADI
8 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2024, pihak NADI Bako telah menerima kunjungan daripada pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi menyampaikan taklimat advokasi kafeTEEN kepada belia .
Taklimat ini telah dihadiri oleh beberapa remaja yang berdekatan kawasan ini. Taklimat disampaikan oleh wakil LPPKN yang bermula pada jam 11 tengahari . Taklimat ini adalah pendekatan kepada remaja tentang kesedaran pergaulan dalam kehidupan seharian.
Taklimat berakhir pada jam 1 petang dengan penyampaian sijil kepada pihak NADI dan pemberian goodies kepada peserta yang menyertai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: